Forum Index > > Senarai Tugas JTK F19/F22 > Read the topic

Senarai Tugas JTK F19/F22

Author Message
Image Perso
MOHAMAD ASKIM BIN DERAOF
Date sent: 2019/05/22 10:10:40
  • Membuat sistem rekod penggunaan komputer secara manual atau menggunakan aplikasi komputer.

  • Menguruskan pusat akses dengan jadual penggunaan dan peralatan yang baik.

  • Menceriakan pusat akses dan memaparkan info-info yang berguna kepada pengguna.

  • Memastikan segala peralatan dalam keadaan bersih dan selamat.

  • Memastikan penyelenggaraan penyaman udara telah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.

  • Memastikan pengguna mengikut peraturan yang ditetapkan ketika menggunakan peralatan komputer.

  • Menutup pusat akses sekiranya melakukan tugas luar dan sekiranya tiada pegawai lain yang dapat menjadi penganti pada masa tersebut.

  • Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan peralatan lCT yang rosak seperti kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori yang lain.

  • Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.

  • Membantu menguruskan semua hal-hal berkaitan dengan aduan kerosakan peralatan ICT di sekolah.

  • Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan pendaftaran serta mendokumentasi maklumat aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah.

  • Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menguruskan proses pelupusan aset alih kerajaan bagi peralatan ICT di sekolah.

  • Membantu menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

  • Membantu memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.

  • Membantu menyedia, mengurus serta mengemaskini semua fail-fail ICT di sekolah.

  • Sebagai pegawai yang dilantik dalam menguruskan e-mel lGOVUC.

  • Membantu pihak pengurusan sekolah dalam mengemaskini laman web rasmi/blog sekolah.

  • Membantu pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

  • Membantu dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasidan sistem online dan sebagainya.

  • Membantu isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/J PN/PPD/Sekolah serta MAMPU.

  • Membantu dalam pengurusan lGFMAS bagisekolah PTJ.

  • Membantu menguruskan serta merekod semua maklumat sistem online serta perisian yang diterima oleh pihak sekolah.

  • Membantu Guru Penyelaras Bestari (GPB)dalam menguruskan laman VLE Frog.

  • Membantu, memantau dan menyelia rangkaian lBestariNet.

  • Membantu menguruskan semua aduan berkaitan talian 1BestariNet di sekolah.

  • Membantu, mengurus dan menyelaras pembahagian Alamat lP (lP Address), ZOOM, Router, Access Point, Switch, VPN dan sebagainya.

  • Membantu menyelia serta memantau rangkaian Local Area Network (LAN) di sekolah.

  • Menjadi pegawai sumber Help-desk dan 1st Level Support di sekolah.

  • Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan ICT yang diarahkan dari masa ke semasa dan tugas tersebut tidak mengganggu tugas hakiki.

Persatuan Juruteknik Komputer FT/FA Daerah Kluang